Sibuk tak berpenghujung...

Sekarang minggu awal persekolahan, semua jadi sibuk, abah sibuk adjust masa, nak tengok Abg Men, nak hantar adik, mak kena bangun awal, nak bangunkan Abg Men, nak kejutkan Ano, Ano dah kerja, sementara tunggu keputusan SPM, dan juga nak kejutkan adik...

Abg Men sekarang tahun 4, sekolah pagi la... bas datang awal... 6.40 mesti dah ready tunggu bas, kalau tidak, bas pi sekolah, Abg Men tunggu abah la pulak...

Abah sibuk berganda, Mumtaz Enterprise dah jumpa produk baru, nampak macam biasa ajer, pen, pensel, pensel warna dan sebagainya... tapi... nak promosi sikit, pen ini nampak serupa, tapi tak sama, saja bagi contoh la, kalau pen biasa jatuh atas lantai simen, alamatnya kena beli baru la... pasal dakwat pen dah lancar semasa tulis, pen ini, bukan saja jatuh, dilepaskan dari aras tinggi pun, ok jer... nak maklumat lanjut, DISINI...

Gambar adik dan Abg Men akan diupload sikit hari lagi... sibuk tu dah dekat nak habis dah....