Ramadhan bersama adik...

berpuasa tak adik? mesti susah nak teka? dihari biasa, adik ada jadual makan dan minum, selera adik, kalau dibiarkan, hmmm, letih la emak, dah pandai cakap sekarang ni, walau pun lambat, tapi, dapat juga dia bercakap, lambat, perlahan, tetapi, maksudnya, dapat juga diluahkan...

baru habis makan nasi, mulutnya dah berbunyi, mak... mak... mak... taaaak maaakaaan kuueeeh laaagiii, hmmm, ambil la, kata mak, selang beberapa minit lepas makan kueh, mak... mak... mak... biiiskuuut 2 keeepiiing boleeeh taaaak? itulah adik...

bila saja adik dapat tahu puasa hari sabtu... 21 hb... adik gembira... hairan juga mak ngan abah, kenapa laa dengan adik...

nak tahu kenapa? adik cakap, boleh solat malam kat masjid, rupanya adik nak pi solat terawikh... hmmm... penat.... terawikh ke 3 tertunai juga hasrat adik... abah bawa juga bersama abg men... ada lagi yang adik nak... ini la paling payah nak tunai... nak tahu, nak solat sebelah imam... macam mana???

Ramadhan ini adik berpuasa tanpa mengeluh lapar, dahaga atau pun letih, adik lebih cergas dari biasa, mana datangnya tenaga adik, selama ini, lambat makan pun, adik buat muka, lambat tuang air, adik sentap, makan dan minum tak bertambah, adik merajuk... adik lebih kuat dari abg men, adik seperti tak kisah apa pun, seperti sentiasa kenyang atau tak dahaga,

Allah memberi apa yang Dia mahu, nawaitu adik betul,

adik sentiasa senyum, ceria, walau pun adik sering dipinggirkan oleh sesetengah pihak... adik tak pernah mengadu, tapi riak wajah, minat adik, menggambarkan sesuatu, sabarlah adik, Allah Maha Mengetahui, doakan lah, amin...