Inilah buku panduan belajar bahasa isyarat cara `Makaton`, tangan membuat isyarat, bibir menutur perkataan, cara `Makaton` ini sesuai pada pelajar yang tidak dapat bertutur dengan jelas, pelat dan bertutur pada hujung perkataan.
Pelajar mesti dibimbing oleh ibu bapa, bererti ibu bapa terpaksalah belajar dahulu dengan tenaga pengajar yang terlatih.
Jika ada yang berminat, boleh pergi kesini, secara peribadi, saya nyatakan, berguna, membawa menafaat, walau pun kita dilahirkan sempurna, suatu hari nanti, mungkin kita akan mempraktikkan dengan secara tidak sengaja...
Adik tidak meminta untuk dilahirkan sebegini, jika diberi pilihan, adik pasti tidak mahu, begitu juga dengan `OKU` yang lain, rakan rakan adik, begitu susah untuk adik, sukar, perit, untuk menerangkan sesuatu pada mak, pada abah, pada Ayong, pada Angah, pada Ano dan juga pada Abg Men, tiada siapa tahu apa adik cakap, satu nafas, adik hanya mampu sebut satu perkataan, hanya hujung saja, kadangkala bunyi lain, erti pada adik, lain, mak dan abah, teka satu demi satu, akhir sekali, adik keluarkan perkataan keramat dia, `doo`, ertinya, bodoh...
KOLEKSI SOALAN UPKK 2012 - 2016
7 tahun yang lalu