cerita panjang...


Lama tak tulis apa apa, adik ada juga perkembangan, kemerosotan pun ada juga, bulan Julai ni ajer, 3 kali adik demam, mau tak risau, pasal, demam yang akhir ni, adik langsung tak mahu bersuara, semua main signal tangan ajer, bila kena dengan selera dia, adik angkat ibu jari, `good` la tu.


Tekak adik ada jangkitan kuman, merah warnanya, tapi adik cool ajer, satu rumah tetap dilawati juga, bawa juga adik pi klinik, doktor kata, adik ok jer, tak ada masaalah besar, mungkin adik tak nak mak risau kot, apa pun, adik tetap senyum. Itulah adik...

Minggu lepas, minggu yang sibuk buat abah, kawan & rakan minta tolong bina blog, perniagaan la... ada blog Guarana Cappuccino, ada jual Susu Kambing, ada juga bekal buku, macam macam lah, abah tolong ler... nak tahu blog apa, ni ha, blog http://mumtazenterprise.blogspot.com/ blog http://rfventure.blogspot.com/ klik ajer, jumpa la....

Adik tak boleh janji dengan dia kalau kita tak upaya nak tunaikan, semua adik ingat, abah janji banyak hari dah, tapi adik demam, air hidung dan liur meleleh ajer, nak tunai macam mana, ni ha janji abah....


Kalut la adik ni, baik demam abah bawa la... adik cuti lagi, 24hb Jumaat dan 27hb Isnin, cuti sekolah, demam punya pasal, tak mahu bagi kawan kawan adik berjangkit, lepas sekolah, terus ajer pi kedai, mamak tu pun sporting, sampai ajer terus panggil adik, tak sempat nak minum, lepas gunting, ha, tunggu apa lagi, bedal ajer adik....


Tak ajak abah same ker, adik, kalau pasal makan & minum, hmmm, orang lain tak ada can punya, tapi kalau Abg Men, boleh, sayang dia pada abg dia yang sorang tu... tengok adik tu, jangan membazir....



Semangat adik, semangat kesukanan ker? Semangat makan jer.... baru la nampak kepala, betul tak adik, lepas gunting, ringan la kepala adik...



Ha... adik pegang apa? Itulah tablet susu kambing, berpirasa coklat, nak tahu adik? Adik ni pantang tak dapat makan apa vitamin ka, tablet ka, dequadin pun jadi... ha... itulah adik, kalau nak tahu apa khasiatnya, pi kat sini...



Ha... nampak senyum adik yang tak keluar suara tu... dapat dah la... tablet dah masuk dalam perut adik la... tu yang senyum nampak gigi tu... susah nak paham adik, selalu adik diluar jangkaan, kalau dia kata nak, mesti adik nak juga, kalau dia tidur pun, dalam mimpi pun dia nak juga... bangun tidur nanti pun, dia tetap tuntut... alahai adik, kalau dah dapat, mesti kira selesai, senyumla... itulah tread mark adik, senyum, senyum & senyum...



Tengok adik, nak landing la tu... time tidur, time rehat adik, kalau tak, apa yang adik bunyi... hmmm, tangan tunjuk remote `astro`, ada bunyi lagi, check, apa yang adik nak periksa, nak lihat ada tak siaran berkenaan motor, kereta lumba... itulah siaran kegemaran adik... tidur dulu la adik nanti bangun la....




bina blog


Tak ada apa nak tulis kat sini, sibuk sikit 2 hari ini, bantu Mail `bird` buat kan blog dia, kalau nak tahu lebih lanjut, lihat sini, orang nak berniaga, bersungguh sungguh, semoga berjaya, insyaalah....


adik belajar

Inilah buku panduan belajar bahasa isyarat cara `Makaton`, tangan membuat isyarat, bibir menutur perkataan, cara `Makaton` ini sesuai pada pelajar yang tidak dapat bertutur dengan jelas, pelat dan bertutur pada hujung perkataan.

Pelajar mesti dibimbing oleh ibu bapa, bererti ibu bapa terpaksalah belajar dahulu dengan tenaga pengajar yang terlatih.

Jika ada yang berminat, boleh pergi kesini, secara peribadi, saya nyatakan, berguna, membawa menafaat, walau pun kita dilahirkan sempurna, suatu hari nanti, mungkin kita akan mempraktikkan dengan secara tidak sengaja...

Adik tidak meminta untuk dilahirkan sebegini, jika diberi pilihan, adik pasti tidak mahu, begitu juga dengan `OKU` yang lain, rakan rakan adik, begitu susah untuk adik, sukar, perit, untuk menerangkan sesuatu pada mak, pada abah, pada Ayong, pada Angah, pada Ano dan juga pada Abg Men, tiada siapa tahu apa adik cakap, satu nafas, adik hanya mampu sebut satu perkataan, hanya hujung saja, kadangkala bunyi lain, erti pada adik, lain, mak dan abah, teka satu demi satu, akhir sekali, adik keluarkan perkataan keramat dia, `doo`, ertinya, bodoh...


Adik lebih suka bercakap mengguna tangan dan jari, disamping mulut berbunyi, aaa, uuu, atau pun hujung perkataan. Adik akan panjangkan ibu jari dan jari telunjuk, kalau untuk tinggi, panjang, besar dan juga banyak, kalau kecil atau sikit, dia akan rapatkan kedua jari itu... tapi adik, lebih suka berdiam, tutup mulut dengan tangan dia, bila kita suruh bercakap, malu agaknya, adik tahu keupayaan adik, mak dan abah hanya mampu tersenyum, adik tahu diri adik...

abg men demam

Cerita adik juga la... semalam ada F1, siaran langsung, adik tak pergi mana pun, remote ditangan adik, habis Abg Men, Ayong, Ano, mak pun sama, tak boleh tukar channel, minat adik la tu, adik nampak ajer Alonso, adik pun pi kat poster bendera, siap tahu lagi asal negara Alonso... demam adik dah berkurang, batu dan selsema ajer....


Ada lagi lawak, siap tutup muka dengan paper tu, nak tahu siapa la tu... tu la Ayong, Ayong nak jadi misteri...



Adik termenung ker, tak adalah, adik demam la tu, tapi, bila adik boleh bangun, cerdas dia, serupa orang tak demam, jangan macam Abg Men, habis, tak bangun dah, kat bawah tu la Abg Men, kalau adik demam, Abg Men pun demam, kalau Abg Men demam, adik pun sama, sehati sejiwa betullah dua beradik ni....



ayong balek...


Ayong balek hari jumaat, malam ler, sabtu dan ahad, cuti, kerja kerajaan la, hari tu mak dah buat nasi minyak dengan ayam masak merah, Angah ada la, Ayong tak jadi balek, sebagai ganti, mak buat la hari ahad, mak sayang semua anak mak, anak la katakan...

Jumaat malam Ayong balek, cuti sabtu ngan ahad, kerja kerajaan la, hari minggu ni, mak buat la lauk sedap, ayam masak merah la... hari tu dah buat, tapi Ayong tak balek, Angah ada la...



kalau masak merah ajer, tak best la, kena ada kawan, nasi la... nasi minyak, Abg Men, makan pun tak habis, apa cerita ni, adik siap tambah lagi... masih demam pun, selera ada, tapi, dia tak makan la masak merah, mak buat sup, sup ayam, khas untuk adik...


tengok adik makan, hus, semangat, untuk Angah, balek nanti, mak buat juga, sabor ler.....



adik dan kak ani


Adik, kalau la mak suruh adik pakai kasut, masa nak pi sekolah ker, atau balek dari sekolah ker, mesti adik suruh mak pakaikan,
tapi dengan Kak Ani, adik kalah,

tengok muka adik tu, adik jeling kat mak, marah mak la tu...

Kak Ani sedang tengok adik tu, buat la sendiri, ada ka nak mak ngan abah tolong selalu, senyum la sikit adik, sikit jer...

lepas pakai sendiri, baru la boleh balek dari sekolah....

adik demam


Petang jumaat adik mula menunjukkan tanda tanda nak demam,kacau ni kalau adik demam, satu rumah mesti semua tak betul punya dengan adik, kalau la dia demam, bagi ubat, nasib baik demam adik kebah, batuk pula mari, dah 2 hari adik batuk, batuk kecil ajer, syukur, adik tak demam, kalau tidak, mak dengan abah tak tidur malam la, adik mesti nangis punya, nak manja la...

adik di rumah...

Antara aktiviti adik dirumah ialah, game, game pc la, baju lupa nak pakai, panas la, red alert 2 pun adik main,


nak tunjuk kat Abg Men, dia pun boleh main juga, kalau Angah ada, boleh berebut ni, Ano pun nak main juga, Abg Men pun sama, nasib baik Ayong tak kaki game, kalau tak, habis pc abah, roboh ler...

Nampak tekun ajer, apa yang diintai tu, kalau buka learning online, pasti adik menguap punya, hmmm, adik tetap macam adik, kanak kanak istimewa...

adik di sekolah...


Hari ini lambat ambil adik, hantar Abg Men pi kelas `Tahmid`, sampai kat sekolah adik, adik sedang belajar bahasa isyarat, `makaton`,

makaton tu bukan untuk orang bisu, tapi untuk orang macam adik, bercakap bersama bahasa isyarat. Kalut juga adik, lihat lah sebahagian dari ruang kelas adik, satu hari berapa kali adik tawaf meja meja yang ada ini, tak tahu la...

Bila cikgu kata, ok, adik boleh balek, ini la gaya dia, sebenarnya, adiklah orang terakhir balek, kawan kawan adik dah balek semuanya, balek pun adik suka, pi sekolah pun dia suka.....

hari sibuk untuk adik

Adik kesekolah macam biasa hari ini, hujan pulak awal pagi tadi, adik... hmmm... juk... sejuk la tu, pakai la baju dua lapis, ok? Pasal tu la dia senyum... Ambil adik dari sekolah, pukul 11.50 pagi, lepas makan, adik kena la tidur, petang nanti adik ada temu janji, pukul 3.30, Adik kena ujian, periksa tahap kecerdasan adik, adik macam adik la, relexs aje... Adik kena pi Hospital Taiping, bahagian cara kerja, adik kena la buat beberapa ujian, menulis, mengira, membaca, tujuan melihat tumpuan dan kebolehan adik, adik boleh menulis, tapi cara dia la, kira, satu, dua dan tiga, ok la, satu campur satu, garu jugak kepala dia, bila kita tulis dua, adik tahu la, satu campur satu, dua...

Baca A B C ok la, baca buku, hmmm, letih... gambar kereta, gambar lori, huh, kalot adik, gambar kenderaan, minat habis, macam cikgu tu kata la, adik tak dapat imaginasi pada bahagian metamatik, adik tak boleh create fikiran dia tentang itu, jari dia tak boleh mengolah apa yang kita suruh, colour lukisan, out terus, adik cool ajer, 16 hari lagi, adik pi lagi...

cerita adik

Abg Men menyuruh mak buat juga kueh kat dia, dia nak makan, beria ria sungguh Abg Men, mak bukan malas, cuma, adik yang mak fikirkan, adik suka tolong mak, tolong kacau, mengalah juga mak, adik kena pujuk la, tunggu mak habis semua, baru adik tolong mak, termakan juga pujukan mak...

Bersungguh nampaknya adik, kalau tak bagi, alamat satu rumah la berperang, tak nampak lain dah, tv pun dah boleh Abg Men ubah..

Dapat la lebih kurang 60 biji, adik punya, mak buat inti lain, tak la rasa pedas, mak teringat pulak kat anak mak yang dua orang lagi, Ayong tak balek minggu ini, banyak kerja katanya, tempahan baju kurung la, wah, loded Ayong, boleh belanja adik la, Angah baru ajer balek Melaka, semester 3 bermula Isnin ini, Angah bergaya la, happy la, dapat juga beli motor baru, pasal tu la, orang cakap, sabar, sabar, sabar...

Paling banyak makan karipap ialah, Abg Men la, adik pun sama juga, habis la 7 ketul karipap yang tak pedas tu, tak sempat nak simpan esok..... Adik kena la sekolah esok, mesti nak pergi punya, kawan ramai lah katakan, macam biasa, bekal adik, air milo dan roti krim, mesti punya... adik oh adik, itulah treadmark adik...


nasi minyak and co...





resepinya... sedang bincang dengan mak, mak kata rahsia, tunggu la dulu, nak adjust ni...

karipap


ini pun mak nak rahsia juga... apa kata mak, sama ajer rasa yang beli kat kedai...

profile

2008 - adik tadika di Sekolah Kebangsaan Bukit Jana.
2009 - adik belajar di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar Kamunting.

Adik telah banyak menunjuk peningkatan, pertuturan atau pun pergerakan, adik tidak lagi kerap jatuh seperti dulu, adik boleh berjalan laju sekarang, penoh keyakinan, kadangkala adik seperti mahu melompat, cara adik berjalan, menunjukkan adik bertambah yakin, pasti adik boleh berlari satu hari nanti... terima kasih pada Kak Yasmin, fisioterapi Hospital Daerah Taiping...

Adik juga tidak diam seperti dulu, adik mahu bercakap, tapi pertuturan adik masih pada hujung perkataan, lebih banyak adik bercakap dari dulu, adik juga kerap tersenyum bila ada perkara yang melucukan, adik semakin bising sekarang, adik seolah olah mahu bercakap seperti budak normal, pasti adik berupaya melengkapkan satu ayat pendek satu hari nanti, itulah doa, harapan juga impian, mak, abah dan juga ahli keluarga adik...

hubungi saya di...

























Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

Nak kenal adik...

Nama adik, Muhammad Arif Hafizin, adik dilahirkan pada 01hb Julai 2002, sama dengan hari lahir Tok Wan, adik dilahirkan normal, macam budak biasa.

Bila adik semakin membesar, adik gagal melakukan apa yang kanak kanak seusia lakukan.

Akhirnya, mak membawa adik berjumpa pakar, bila dilakukan ujian dan pemeriksaan, akhirnya adik disahkan, tidak seperti Ayong, Angah, Ano atau pun Abg Men, adik akan menjadi `OKU`.

Adik telah mendapat taraf `OKU` pada 06hb April 2007, ditakrif sebagai masaalah pembelajaran, atau `slow learner`, adik juga menghadapi `slow motor`.
`Slow learner` membawa erti lambat belajar, adik lambat bercakap, bercakap pada hujung perkataan, tapi adik ada keistimewaan, macam memory bergambar, apa yang dilihat, diajar, adik ingat, tak mudah lupa, walau pun kita berjanji apa saja.

`Slow motor` bermaksud sendi adik tak kuat, adik lambat merangkak, lambat duduk, lambat berdiri, lambat berjalan, adik berjalan pada penghujung usia 5 tahun, dan hingga hari ini adik gagal berlari dan mencangkung, sendi adik tak kuat. Adik berjalan macam orang nak pergi melancung, makan angin, itulah adik...
Saya juga akan cuba memaparkan cara cara belajar bahasa isyarat (makaton), bercakap bersama bahasa isyarat, dan juga beberapa info untuk dikongsi bersama...


hubungi adik di...

hafi_z1@streamyx.com atau adikblogger@gmail.com

Gambar Adik