profile

2008 - adik tadika di Sekolah Kebangsaan Bukit Jana.
2009 - adik belajar di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar Kamunting.

Adik telah banyak menunjuk peningkatan, pertuturan atau pun pergerakan, adik tidak lagi kerap jatuh seperti dulu, adik boleh berjalan laju sekarang, penoh keyakinan, kadangkala adik seperti mahu melompat, cara adik berjalan, menunjukkan adik bertambah yakin, pasti adik boleh berlari satu hari nanti... terima kasih pada Kak Yasmin, fisioterapi Hospital Daerah Taiping...

Adik juga tidak diam seperti dulu, adik mahu bercakap, tapi pertuturan adik masih pada hujung perkataan, lebih banyak adik bercakap dari dulu, adik juga kerap tersenyum bila ada perkara yang melucukan, adik semakin bising sekarang, adik seolah olah mahu bercakap seperti budak normal, pasti adik berupaya melengkapkan satu ayat pendek satu hari nanti, itulah doa, harapan juga impian, mak, abah dan juga ahli keluarga adik...