Nak kenal adik...

Nama adik, Muhammad Arif Hafizin, adik dilahirkan pada 01hb Julai 2002, sama dengan hari lahir Tok Wan, adik dilahirkan normal, macam budak biasa.

Bila adik semakin membesar, adik gagal melakukan apa yang kanak kanak seusia lakukan.

Akhirnya, mak membawa adik berjumpa pakar, bila dilakukan ujian dan pemeriksaan, akhirnya adik disahkan, tidak seperti Ayong, Angah, Ano atau pun Abg Men, adik akan menjadi `OKU`.

Adik telah mendapat taraf `OKU` pada 06hb April 2007, ditakrif sebagai masaalah pembelajaran, atau `slow learner`, adik juga menghadapi `slow motor`.
`Slow learner` membawa erti lambat belajar, adik lambat bercakap, bercakap pada hujung perkataan, tapi adik ada keistimewaan, macam memory bergambar, apa yang dilihat, diajar, adik ingat, tak mudah lupa, walau pun kita berjanji apa saja.

`Slow motor` bermaksud sendi adik tak kuat, adik lambat merangkak, lambat duduk, lambat berdiri, lambat berjalan, adik berjalan pada penghujung usia 5 tahun, dan hingga hari ini adik gagal berlari dan mencangkung, sendi adik tak kuat. Adik berjalan macam orang nak pergi melancung, makan angin, itulah adik...
Saya juga akan cuba memaparkan cara cara belajar bahasa isyarat (makaton), bercakap bersama bahasa isyarat, dan juga beberapa info untuk dikongsi bersama...