cerita adik

Abg Men menyuruh mak buat juga kueh kat dia, dia nak makan, beria ria sungguh Abg Men, mak bukan malas, cuma, adik yang mak fikirkan, adik suka tolong mak, tolong kacau, mengalah juga mak, adik kena pujuk la, tunggu mak habis semua, baru adik tolong mak, termakan juga pujukan mak...

Bersungguh nampaknya adik, kalau tak bagi, alamat satu rumah la berperang, tak nampak lain dah, tv pun dah boleh Abg Men ubah..

Dapat la lebih kurang 60 biji, adik punya, mak buat inti lain, tak la rasa pedas, mak teringat pulak kat anak mak yang dua orang lagi, Ayong tak balek minggu ini, banyak kerja katanya, tempahan baju kurung la, wah, loded Ayong, boleh belanja adik la, Angah baru ajer balek Melaka, semester 3 bermula Isnin ini, Angah bergaya la, happy la, dapat juga beli motor baru, pasal tu la, orang cakap, sabar, sabar, sabar...

Paling banyak makan karipap ialah, Abg Men la, adik pun sama juga, habis la 7 ketul karipap yang tak pedas tu, tak sempat nak simpan esok..... Adik kena la sekolah esok, mesti nak pergi punya, kawan ramai lah katakan, macam biasa, bekal adik, air milo dan roti krim, mesti punya... adik oh adik, itulah treadmark adik...