cerita panjang...


Lama tak tulis apa apa, adik ada juga perkembangan, kemerosotan pun ada juga, bulan Julai ni ajer, 3 kali adik demam, mau tak risau, pasal, demam yang akhir ni, adik langsung tak mahu bersuara, semua main signal tangan ajer, bila kena dengan selera dia, adik angkat ibu jari, `good` la tu.


Tekak adik ada jangkitan kuman, merah warnanya, tapi adik cool ajer, satu rumah tetap dilawati juga, bawa juga adik pi klinik, doktor kata, adik ok jer, tak ada masaalah besar, mungkin adik tak nak mak risau kot, apa pun, adik tetap senyum. Itulah adik...

Minggu lepas, minggu yang sibuk buat abah, kawan & rakan minta tolong bina blog, perniagaan la... ada blog Guarana Cappuccino, ada jual Susu Kambing, ada juga bekal buku, macam macam lah, abah tolong ler... nak tahu blog apa, ni ha, blog http://mumtazenterprise.blogspot.com/ blog http://rfventure.blogspot.com/ klik ajer, jumpa la....

Adik tak boleh janji dengan dia kalau kita tak upaya nak tunaikan, semua adik ingat, abah janji banyak hari dah, tapi adik demam, air hidung dan liur meleleh ajer, nak tunai macam mana, ni ha janji abah....


Kalut la adik ni, baik demam abah bawa la... adik cuti lagi, 24hb Jumaat dan 27hb Isnin, cuti sekolah, demam punya pasal, tak mahu bagi kawan kawan adik berjangkit, lepas sekolah, terus ajer pi kedai, mamak tu pun sporting, sampai ajer terus panggil adik, tak sempat nak minum, lepas gunting, ha, tunggu apa lagi, bedal ajer adik....


Tak ajak abah same ker, adik, kalau pasal makan & minum, hmmm, orang lain tak ada can punya, tapi kalau Abg Men, boleh, sayang dia pada abg dia yang sorang tu... tengok adik tu, jangan membazir....



Semangat adik, semangat kesukanan ker? Semangat makan jer.... baru la nampak kepala, betul tak adik, lepas gunting, ringan la kepala adik...



Ha... adik pegang apa? Itulah tablet susu kambing, berpirasa coklat, nak tahu adik? Adik ni pantang tak dapat makan apa vitamin ka, tablet ka, dequadin pun jadi... ha... itulah adik, kalau nak tahu apa khasiatnya, pi kat sini...



Ha... nampak senyum adik yang tak keluar suara tu... dapat dah la... tablet dah masuk dalam perut adik la... tu yang senyum nampak gigi tu... susah nak paham adik, selalu adik diluar jangkaan, kalau dia kata nak, mesti adik nak juga, kalau dia tidur pun, dalam mimpi pun dia nak juga... bangun tidur nanti pun, dia tetap tuntut... alahai adik, kalau dah dapat, mesti kira selesai, senyumla... itulah tread mark adik, senyum, senyum & senyum...



Tengok adik, nak landing la tu... time tidur, time rehat adik, kalau tak, apa yang adik bunyi... hmmm, tangan tunjuk remote `astro`, ada bunyi lagi, check, apa yang adik nak periksa, nak lihat ada tak siaran berkenaan motor, kereta lumba... itulah siaran kegemaran adik... tidur dulu la adik nanti bangun la....