Ini adalah sebahagian apa yang mak & abah serta anak anak mak banggakan... bertahun mak & keluarga membancuh, memasak, membungkus & juga menjual... pada sesiapa yang order, cakap ajer... pasti ada... mak bagi juga... kerana apa... untuk jamuan pada hari lebaran...
Macam nasi minyak, ayam masak merah & karipap, tempeyek juga adalah tread mark mak & keluarga... macam sambal ikan bilis mak... ini semua ada peminat sendiri...
Tempeyek ini, menyimpan beribu cerita, duka, pahit, manis, masam... juga menyimpan beribu cerita yang akan menderaikan tawa... untuk sampai ketahap seperti sekarang, rangup & berbagai lagi... bertahun juga mak & keluarga kecundang... ada masa putus asa... ada pula yang membangkit semangat juang mak... semalam & hari ini... mak berdiri tegak...
Tempeyek mak adalah gabungan... selatan & utara... Johor plus Perak... tahun lepas mak berjaya membuat 28,000 keping... untuk dijual pada peminat... diberi kepada sesiapa yang tergerak hati mak & abah sebagai buah tangan... menyambut `Syawal`...