Pelbagai Cerita Mengenai Adik...

Hari ini Khamis, 15 Dec 2009... Adik berjumpa Pakar Pediatrik lagi... mak & abah risau juga... hari tu ada ambil darah adik, nak tahu ada tak masaalah dengan adik... masa jumpa pakar tu... alhamdulillah adik normal, tapi... pasal apa adik jadi macam ini...? Mungkin yang ada penjelasan...

Adik kat tempat menunggu...

Ini gambar minggu lepas... masa adik pi therapi, memang la tak nampak adik..
Mak & abah pun nampak pintu juga... adik ni, kalau nak mula therapi dia, dia akan shoh, shoh, itu makna mak & abah kena tinggal dia la, kalau mak & abah ada, hmmm, tak jadi therapi la dia.

Hmm, ini adik nak balek dah, bersama Puan Sarinah, ramai orang sayang adik ker? Therapi tadi macam mana? Boleh tak tangan adik berfungsi macam budak normal? Tak? Adik masih tak boleh, kena banyak latihan la... boleh tak? Sebenarnya adik dah ada banyak perubahan, boleh pakai baju sendiri, pakai seluar yang ada getah sendiri, buka seluar ok la, buka baju? Kena tolong la, kalau kemeja? Boleh? Alhamdulillah...

Kalau nak balek tu... laju jer adik, beban dah habis ker? Perjalanan adik masih jauh dik... abah & mak harap adik dapat jadi macam budak biasa, berfikiran, perbuatan, segalanya macam budak biasa... adik masih tak tahu perjalanan hidup ini...


Macam biasa... abah bawa pi kena cendol... cendol BISMILLAH la... kat Taiping, hmmm, sedap ker? Adik no hal punya...

Nama melayu, makanan kegemaran, huh, mat saleh, celup ker adik ni, spaghetti 2 pinggan? Mak kena belajar masak la... tapi... yang suka tu adik sorang ajer... tu tengah makan dengan Ekay, Acu La masak khas bagi adik, thanks dari abah & mak buat Acu La,

Tak nampak orang dah... tak bagi abah sama ker? Dengan adik ni, susah hati abah & mak, apa yang suka, mesti dia sapu habis habisan...